Pages

Monday, March 7, 2016

Cross Stitch : Starry Night

Finally, my cross stitch purchase at Lazada arrived. It was only RM 35. I got what i pay.

The threads are poor and easily get frayed. The chart has a DMC conversion. But, the project required more than 20 different colours. So, i'll just stitch with the given threads.

I did the graphing and sorting of threads and stitched a box last night (about 2 hrs). i'd calculated, if i spend at least 2 hour everyday for the project, i will need a minimum of 5 months to complete.

Lets see if we can get there. (i'll upload picture when i get my new USB cable)

Wednesday, February 17, 2016

Day 8

Banyak perkara yang nampaknya sukar tapi sebenarnya tidak sesukar mana.

Demikian juga, banyak kekalutan yang nampak sangat serabut, sukar dilerai sebenarnyaa bersifat sementara. Selalunya dapat terungkai sendiri.

Masalah bagi kebanyakan kita ialah, kita selalu tidak cukup sabar, tidak cukup tenang untuk meredakan kekalutan

Semoga dalam semua kekalutan yang kita hadapi, kita tahu itu bersifat sementara dan lambat laun akan berlalu.

Malam tadi, saya menghadiri pertandingan music instrumental oleh pelatih kolej kami. Para peserta memang bagus. Ada beberapa yang tahap keyakinan tinggi tapi persembahan tidak setingggi itu (namun, saya puji semangat mereka) Semua okey malam tadi kecuali si pengacara majlis.

Protip pengacaraan: untuk memusnahkan apa-apa kemeriahan majlis adalah dengan memilih pengacara yang tidak begitu tahu menyebut perkataan, gagap dan cepat panik.

Jadinya, majlis jadi kalut. Protokol semua ke laut.

Saya buat teguran kepada si pengacara selepas majlis. Dia mohon maaf banyak-banyak. Ya. Begitulah. Masalah selesai. Or. Not.

32 hari lagi. Semoga tetap ada kekuatan menjalankan sampai akhir. 

Monday, February 15, 2016

Day 6

Monday. @IniAnwarHadi di Twitter kata Tuesday, hari yang wangi sebab baru lepas Monday. Hahaha!

Semalam. sempat sahur dengan bubur nasi kosong dengan kacang hitam. Mahu makan sardin goreng. Tapi, malas bangun sediakan awal pagi. Sedap juga sebenarnya bubur nasi kosong dengan kacang hitam masin.

Pukul 4pm selepas mesyuarat peperiksaan, perut keriuk-keriuk bunyi. Mungkin sudah terasa kosong (berbanding hari-hari biasa saya). Tapi, rasa lapar tidaklah melampau. Cuma rasa haus sangat. selalunya pada hari-hari biasa saya, saya dan teman pejabat saya akan minum milo dan biskut sambil gosip-gosip.

Cerita pasal teman sepejabat. Saya dapat sebiji limau mandarin dari cik Ipah, katanya, student dia bagi. Dia tidak suka sangat makan limau. Dia dapat dua, bagi saya sebiji. Syukurlah, rezeki ada. Sebiji limau dan satu bekas rojak kacang Mak Bee dari Alor Setar pemberian cik Fana.

Masuk pejabat baru. Rasa rindu dengan pejabat lama. Saya yakin, lama-lama nanti, saya akan biasa dengan yang baru ini. Pasti ada sangat banyak kebaikan untuk pencapaian-pencapain kecil seperti ini. 

Semoga perubahan-perubahan kecil di dalam hidup dihadapi tenang dan lebih meneguhkan azam untuk memperbaiki diri.

Lewat petang semalam saya beli sebungkus langsat yang dijual oleh driver kami. RM10 sebungkus. Kalau di Ranau, memang tidak akan beli. Pokok langsat yang rajin berbuah ada di laman rumah. Tapi, di sini, belilah, walaupun langsat bukan buah kegemaran saya. Satu hal saya belajar tentang rezeki ialah, dia macam air. Kalau tidak mengalir untuk tempoh yang lama, dia tidak sihat. 

Wah! 34 hari saja lagi, Semoga terus ada kekuatan untuk menunaikannya. 

Sunday, February 14, 2016

Day 5

Berpuasa sendirian di rumah pada hujung minggu adalah cabaran yang besar. Dapur cuma beberapa langkah. Pantri padat terisi dengan jajan. Peti sejuk ada jus, air sejuk.

Pada akhirnya berbuka, timbul keinsafan berkaitan hal penantian. Penantian menyeksakan. Ya. Benar.

Semoga kesabaran melakukan/ menantikan perkara yang baik memberikan ganjaran dan kita mampu menikmatinya sepenuh hati.

Jadi, untuk berbuka, saya goreng semua makanan (setelah hampir seminggu berusaha untuk tidak makan makanan bergoreng). Lekor. Cucur bawang dan ikan bilis. Popcorn. Keropok ikan Lundu (yang sangat wangi dengan lada putih). Ya. Saya menikmati juadah berbuka saya sepenuh hati.

Saya habis membaca buku Tenderwire oleh Claire Kilroy. Cerita yang padat, penuh pengetahuan berkaitan biola, soloist biola, sejarah para pemuzik biola dan para luthier. Aplikasi hukum karma yang subtle, tapi terasa. Saya tulis review di blog utama saya. Silakan menjengah pada 26 feb 2016. Ya. Saya set masa untuk post di blog utama. Ada masa saya rajin menulis dan ada masa langsung tidak mahu lihat muka blog pun. 

Ada 35 hari lagi. Semoga ada kekuatan menunaikannya.