Pages

Monday, February 15, 2016

Day 6

Monday. @IniAnwarHadi di Twitter kata Tuesday, hari yang wangi sebab baru lepas Monday. Hahaha!

Semalam. sempat sahur dengan bubur nasi kosong dengan kacang hitam. Mahu makan sardin goreng. Tapi, malas bangun sediakan awal pagi. Sedap juga sebenarnya bubur nasi kosong dengan kacang hitam masin.

Pukul 4pm selepas mesyuarat peperiksaan, perut keriuk-keriuk bunyi. Mungkin sudah terasa kosong (berbanding hari-hari biasa saya). Tapi, rasa lapar tidaklah melampau. Cuma rasa haus sangat. selalunya pada hari-hari biasa saya, saya dan teman pejabat saya akan minum milo dan biskut sambil gosip-gosip.

Cerita pasal teman sepejabat. Saya dapat sebiji limau mandarin dari cik Ipah, katanya, student dia bagi. Dia tidak suka sangat makan limau. Dia dapat dua, bagi saya sebiji. Syukurlah, rezeki ada. Sebiji limau dan satu bekas rojak kacang Mak Bee dari Alor Setar pemberian cik Fana.

Masuk pejabat baru. Rasa rindu dengan pejabat lama. Saya yakin, lama-lama nanti, saya akan biasa dengan yang baru ini. Pasti ada sangat banyak kebaikan untuk pencapaian-pencapain kecil seperti ini. 

Semoga perubahan-perubahan kecil di dalam hidup dihadapi tenang dan lebih meneguhkan azam untuk memperbaiki diri.

Lewat petang semalam saya beli sebungkus langsat yang dijual oleh driver kami. RM10 sebungkus. Kalau di Ranau, memang tidak akan beli. Pokok langsat yang rajin berbuah ada di laman rumah. Tapi, di sini, belilah, walaupun langsat bukan buah kegemaran saya. Satu hal saya belajar tentang rezeki ialah, dia macam air. Kalau tidak mengalir untuk tempoh yang lama, dia tidak sihat. 

Wah! 34 hari saja lagi, Semoga terus ada kekuatan untuk menunaikannya. 

No comments: